salam

Semak tarikh lahir mengikut kalender Islam

Hadis Nabi

Nabi s.a.w. bersabda; ‘‘Orang yang seumpama Islamnya ialah orang yang menyelamatkan orang Islam yang lain dari gangguan lidahnya dan tangannya, dan orang yang berhijrah sebenarnya itu orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah.’’ - Sahih Bukhari .

Friday, June 5, 2009

MAKSUD TARIKH LAHIR ANDA…..

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita,apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita.Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.Untuk mengetahui nombor lahir kita,kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal.Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.Contoh:
19 Jun 1986
19+6+1986 = 2011
2+0+1+1 = 22
2+2 = 4 (jadi nombor lahirnya adalah 4)


Keterangan nombor lahir ;

( 1 )Ketulenan
-hadir dengan idea baru
-memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri
-golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari
dengan baik teknik diplomasi
-mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik
dan kebiasaannya adalah pemimpin atau bos
-bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka

( 2 )Pendamai
-dilahirkan sebagai diplomat
-mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan
orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri
-secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati
-mereka tidak suka bersendiriran.persahabatan adalah penting
buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam
hidup
-golongan ini secara semulajadi adalah pemalu,patut belajar untuk
meningkatkan nilai diri dan meluahkan perasaan

( 3 )Ceria
-golongan ini merupakan golongan yang idealistic
-mereka sangat kreatif,social,mesra,romantik,dan mudah dibawa
berunding
-mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya
-mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukannya apa
sahaja untuk mencapainya

( 4 )Konsevatif
-golongan ini sangat peka dan tradisional
-mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin
-mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa
yang sepatutnya mereka lakukan
-mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja
secara sendirian
-mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan
alam sekitar
-sabar,tekun,dan adakala dianggap degil

( 5 )Perintis
-mereka adalah perintis
-secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka
mengambil risiko serta sangat bersemangat
-mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.dunia ini adalah
sekolah mereka,mereka memerhati setiap peluang untuk mempelajari
sesuatu daripada situasi yang ditempuhi.
-melihat sesuatu dengan teliti

( 6 )Romantik
-golongan ini adalah idealistic dan memerlukan sesuatu atau sebab
untuk berasa gembira.
-hubungan kekeluargaan yang kuat adalah penting buat mereka
-mereka sangat suka membantu dan menjaga seseorang
-mereka sangat setia dan menjadi guru yang terbaik
-mereka suka seni muzik
-mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin
persahabatan secara serius

( 7 )Intelektual
-golongan ini adalah pencari
-selalu menyelesaikan seuatu secara tersembunyi,dan adakala mereka
sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah
-perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka
-mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka
tetapi mereka tidak suka dipersoalkan
-mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan
-mereka gemarkan perkara berteknikal dan berkebolehan untuk
menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara
-mereka sangat suka berahsia

( 8 )Penyelesaian
-golongan ini adalah penyelesai masalah
-mereka adalah professional,berterus-terang,penilai yang baik dan
tegas
-mereka sangat suka mengendalikan manusia,mereka melihat manusia
secara objektif
-mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri
bahawa mereka adalah ketua

( 9 )Pelakon
-golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain
-mereka sangat penyayang dan pemurah
-dengan daya tarikan,mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan
dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapa yang dianggap asing
kepada mereka
-mereka mempunya personality yang pelbagai sehingga menyukarkan
orang sekeliling mereka sukar memahaminya
-boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran